RSS

Pages

Cara menukar Papan Induk Utama

Terdapat beberapa keadaan yang memerlukan papan induk ditukar kepada yang baru seperti rosak atau papan induk sudah lama dan tidak mampu menampung keperluan penggunaan komputer.
Langkah-langkah menukar papan induk ialah:

1. Buka perkakasan komputer dan kabel

i)   Pastikan kabel bekalan kuasa dicabut keluar.
ii)  Baringkan komputer dan buka penutup casing.
iii) Pakai wirestrap .
iv) Cabut semua kabel yang bersambung ke perkakasan lain.
v)  Keluarkan RAM, CPU dan kad antaramuka yang lain.











2. Menukar papan induk baru


i)   Bukakan semua skru pada papan induk utama.
ii)  Pastikan papan induk utama tidak tercalar.
iii)  Keluarkan papan induk utama tersebut
iv) Pasangkan papan induk utama yang baru.
v)  Skrukan papan induk tersebut sehingga kemas.










3. Pemasangan semula komponen dan kabel


i)   Pasangkan semula RAM, CPU dan kad antaramuka.
ii)  Pasangkan semula semua kabel-kabel
iii) Tutup casing tersebut dan cabut wirestrap anda.
iv) Pasangkan kabel bekalan kuasa.
v)  Pasangkan kabel monitor, mouse dan keyboard.
vi) Hidupkan komputer dan uji papan induk utama tersebut.










Rujukan: http://www.fonerbooks.com/r_mother.htm

read comments Read User's Comments

Computer Basics

Video ini menunjukkan satu persatu komponen asas sebuah komputer seperti bekalan kuasa, kabel, kipas, processor, kad-kad dan lain-lain.



Sumber: http://www.youtube.com/watch?v=pIsbh6SqfhQ&feature=related

read comments Read User's Comments

Pengenalan Papan Induk Utama

Papan induk utama merupakan jantung bagi setiap komputer peribadi. Papan induk utama ialah papan litar yang terletak di bahagian chasis unit sistem. Papan induk utama diperbuat daripada kepingan kaca serat (fibre glass) yang berwarna hijau dan di atasnya dipenuhi dengan cip (IC) , perintang (resistor) , kapasitor (capasitor) dan litar elektronik (electronic circuit).


Umumnya, kebanyakan papan induk moden mengandungi komponen-komponen asas berikut :


1. Slot Processor (CPU)
2. Slot RAM
3. Slot AGP
4. Slot PCI
5. Slot ISA
6. CMOS Battery
7. EIDE Connectors
8. Floppy Connector


Gambarajah sebuah Papan Induk Utama




Keywords:

AGP- Accelerated Graphics Port

PCI- Peripheral Component Interconnect

ISA- Industry Standard Architecture

CMOS- Complementary Metal Oxide Semiconductor

EIDE- Enhanced Intergrated Development Environment

RAM- Random Access Memory

CPU- Central Processing Unit




read comments Read User's Comments

Definisi Komputer

Komputer merupakan satu alat elektronik yang dapat menerima dan mengolah data menjadi informasi, menjalankan program yang tersimpan di dalam memori serta dapat bekerja secara automatik dengan aturan tertentu.

Sebuah sistem komputer terdiri daripada dua elemen iaitu:
       1) Hardware merupakan peralatan elektronik seperti CPU, Monitor, Mouse dan Keyboard.
       2) Software merupakan program yang dijalankan oleh komputer seperti Microsoft Office.

Rujukan: http://www.webopedia.com

read comments Read User's Comments

Pengenalan Sistem Komputer dan Rangkaian

Blog ini merupakan blog bagi berkongsi maklumat tentang Kursus Sistem Komputer dan Rangkaian untuk para pelajar yang mengambil Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) di Institut Latihan Perindustrian (ILP) seluruh Malaysia. Moga blog ini memberi manfaat kepada semua. Insyaallah.

read comments Read User's Comments